Make your own free website on Tripod.com
 

  PERSATUAN ALUMNI 95 & 97 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELUK AIR TAWAR BUTTERWORTH
  Menu Utama

Menu Tambahan




 

 

 

       Persatuan Alumni ini ditubuhkan atas dasar desakan niat murni dikalangan segelintir bekas pelajar yang ingin menemui sahabat seperjuangan semasa berada dibangku sekolah dan ingin mengembalikan nostagia suka duka sebagai pelajar SMKTAT.Pada mulanya Persatuan Alumni ini dicetuskan idea dari dua bekas pelajar SMKTAT iaitu saudara Shahrizal B. Sudin(Jan) dan saudara Nik Mohd Ridzuan B.Nik Abd Rahman(Nik).Bermula dari idea tersebut satu perjumpaan kali pertama diadakan di Robina Food Court,Pantai Telok Molek bersama rakan seperjuangan yang lain antaranya Saudari Siti Murshida,Saudara Raja Izzad Izzudin,Shariman,Mohd Helmi,Mohd Shukri dan Norbandi.Ribuan berbanyak terima kasih ditujukan kepada mereka yang hadir kerana memberi sepenuh kotmitmen bagi menjayakan mesyuarat tersebut.
       Persatuan Alumni masih belum dilancarkan secara rasmi kerana ia masih lagi diperingkat proses pengumpulan maklumat ahli-ahli dan perkara yg berkaitan dengan urusan pendaftaran Persatuan.Inya-Allah persatuan ini akan dirasmikan kelak apabila segala urusan pendataran persatuan selesai.Persatuan ini sebenarnya bermatlamat atau berobjektifkan usaha ke arah mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan para bekas pelajar sesama pelajar dan menjadi perantaraan dengan pihak sekolah sendiri. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk menyalurkan segala perkembangan terkini tentang SMKTAT dan perkembangan bekas pelajar .Banyak aktiviti persatuan akan dijalankan antaranya pihak Ahli Jawatankuasa Penaja akan berusaha mengumpulkan semua bekas pelajar sessi 95-97 di dalam satu majlis Re-union yang bakal diadakan.Diharap kotmitmen dari semua pihak dapat merealisasikan Persatuan Alumni ini agar ia menjadi kenyataan.

Segala rekabentuk dan grafik adalah hak cipta terpelihara
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Telok Air Tawar Butterworth 2002.
Logo SEKOLAH adalah hak SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK AIR TAWAR BUTTERWORTH (SMKTAT).