PERSATUAN ALUMNI 95 & 97 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELUK AIR TAWAR BUTTERWORTH

 

  Menu Utama

Menu Tambahan




 
 

                                                                                             

SHAHRIZAL BIN SUDIN

Tuan/Puan/Encik/Cik

 Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.....

        Segala puji-pujian adalah ketentuan bagi Allah S.W.T.Salam dan selawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W,keluarga Baginda dan Para Sahabat.

       Saya amat bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnia-Nya dan Keizinan-Nya maka dapat kita merealisasikan Persatuan Alumni bekas pelajar SMKTAT bagi tahun 1995 dan 1997.

       Adalah menjadi hasrat kepada semua bekas-bekas pelajar untuk bertemu kembali dan bersama-sama bagi mengeratkan hubungan silaturahim yang sekian lama terpisah selama beberapa tahun.Di SMKTAT inilah adalah penentu kejayaan dan matlamat hidup seorang yang bergelar pelajar.Dengan wujudnya Persatuan Alumni maka kami telah melahirkan satu Laman Web Persatuan Alumni 1995 dan 1997 sebagai wadah penyalur maklumat terkini bagi menyahut seruan Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Bin Mohammad (Bapa IT Malaysia!!!!) berusaha mengaplikasikan dan mengusai teknologi maklumat yang diwar-warkan bagi memelihara kepentingan ahli alumni pada masa kini dan akan datang.Sekalung budi kepada Webmaster yang banyak membantu melancarkan Laman Web ini.Kepada semua bekas pelajar SMKTAT saya mengalu-alukan supaya anda semua menyertai Persatuan Alumni SMKTAT.

        Kesempatan ini saya selaku Pengerusi Almuni ini mewakili bekas-bekas pelajar SKMTAT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar di SMKTAT yang masih setia berkhidmat dan juga kepada guru yang berkhidmat di tempat lain.Jasa dan pengorbanan daripada tenaga pengajar memang tidak dapat kami lupakan dan masih subur dalam ingatan kami. Jika ada salah dan silap saya memohon maaf menyusun sepuluh jari yang buruk datangnya dari saya dan yang baik datangnya dari Allah S.W.T

       Bagi pihak Ahli Jawatankuasa,saya merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha bagi menjayakan Persatuan ini.

Sekian,Terima Kasih.....................

Saya yang diamanahkan tugas,
Pengerusi Alumni 95&98 SMKTAT


Segala rekabentuk dan grafik adalah hak cipta terpelihara
© Persatuan Alumni Sekolah Menengah Telok Air Tawar Butterworth 2002.
Logo SEKOLAH adalah hak SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK AIR TAWAR BUTTERWORTH (SMKTAT).