PERSATUAN ALUMNI 95 & 97 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELUK AIR TAWAR BUTTERWORTH  
  Menu Utama

Menu Tambahan





 
 

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMKTAT

BAB 1 : NAMA DAN ALAMAT 
BAB 2 : TUJUAN
BAB 3: KEAHLIAN
BAB 4 : GUGUR MENJADI AHLI
BAB 5 : MESYUARAT AGUNG
BAB 6 : MESYUARAT JAWATANKUASA
BAB 7 : JAWATANKUASA
BAB 8 : YURAN AHLI
BAB 9 : KEWAJIPAN DAN HAK AHLI
BAB 10 : PINDAAN PERLEMBAGAAN / PERATURAN ALUMNI
BAB 11 : KEWANGAN PERSATUAN
BAB 12 : TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
BAB 13 : PENAUNG
BAB 14 : PENASIHAT
BAB 15 : PEMBUBARAN PERSATUAN
BAB 16 : TAFSIRAN

BAB 1 :
NAMA DAN ALAMAT Persatuan ini adalah dinamakan Persatuan Alumni 95 dan 97 SMKTAT di alamat 1293 Bakar Kapor 13100 penaga Seberang Perai Utara Pulau Pinang

BAB 2 : TUJUAN
Tujuan Am :

1. Berusaha mempertahankan,menegakan dan mempertahankan dan memperkembangkan Agama Islam,Agama Rasmi Negara.
2. Menjadi pemangkin kepada penyatuan,penyusunan dan pengembligan tenaga untuk mengambil bahagian yang aktif di dalam pembagunan negara untuk merealisasikan Wawasan 2020
3. Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara Malaysia bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
4. Di samping melahirkan warga Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
5. Mewujudkan sikap bermoral dan beretika serta budaya menyayangi yang mempunyai matlamat untuk dikongsi bersama.
6. Memajukan sokongan kepada Kerajaan dan badan bukan kerajaan,badan-badan lain yang sesuai

Tujuan Khas:
1. Mengeratkan hubungan silaturrahim bersama bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar
2. Menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan pengukuhan kedudukan ekonomi ahli serta bersedia memberi bantuan seadanya dalam sebarang kesulitan.
3. Berusaha mengaplikasikan dan mengusai teknologi maklumat yang diwar-warkan bagi memelihara kepentingan ahli alumni pada masa kini dan akan datang.
4. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan rohani dan jasmani.


BAB 3: KEAHLIAN
a. Keahlian Persatuan ini hanya terbuka kepada bekas pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Telok Air Tawar sessi Tingkatan 3 (1995) dan Tingkatan (1997)
b. Keahlian selain yang dinyatakan di atas boleh dipertimbangkan dengan budi bicara Jawatankuasa Persatuan Alumni


BAB 4 : GUGUR MENJADI AHLI
a. Seorang ahli itu akan kehilang hak keahlian dan keistimewaan apabila ia dipecat oleh Jawatankuasa kerana melanggar Perlembagaan Persatuan Alumni dan tidak menghiraukan nasihat Jawatankuasa
b. Menghadiri kurang daripada 50% kehadiran yang ditetapkan oleh Persatuan Alumni pada setiap perjumpaan tahunan yang diwajibkan.
c. Ahli yang tidak menjelaskan yuran keahlian dalam tempoh masa dua tahun.

BAB 5 : MESYUARAT AGUNG
a. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali setahun dan tempat persidangan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa.
b. Mesyuarat Agung Tahunan boleh dijalankan apabila kehadiran ahli sekurang-kurangnya separuh daripada keseluruhan ahli alumni.
c. Mesyuarat Perlantikan Jawatankuasa diadakan dua tahun sekali.
d. Berkuasa memilih 7 orang ahli jawatankuasa.

BAB 6 : MESYUARAT JAWATANKUASA
a. Sekurang-kurangnya diadakan dua kali setahun dengan dihadiri tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah Jawatankuasa .
b. Apabila sesuatu Jawatankuasa persatuan menjadi kosong disebabkan oleh pemberhentian atau pemecatan, Mesyuarat Jawatankuasa berhak melantik seseorang lain bagi memenuhi kekosongan jawatankuasa tersebut.
c. Mesyuarat Jawatankuasa terakhir hendaklah memastikan laporan tahunan dan segala perbelanjaan atau kewangan telah disediakan.
d. Setiausaha hendaklah memberitahu mengenai Mesyuarat Agung dan Agenda seminggu sebelum mesyuarat diadakan.


BAB 7 : JAWATANKUASA

a. Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi :

1. Pengerusi

2. Naib Pengerusi

3. Setiausaha

4. Penolong Setiausaha

5. Bendahari

6. 7 orang ahli Jawatankuasa

b. Kesemua keahlian hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat Agung.

BAB 8 : YURAN AHLI
a. Bayaran pendaftaran dan yuran masuk adalah seperti berikut:
Ahli-ahli Alumni hendaklah membayar Yuran pendataran sabanyak RM 45.00
Yuran Tahunan sebanyak RM 20.00 setahun.
Yuran Ahli Seumur hidup RM 100.00
b. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.
c. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran yuran ahli jika dirasakan perlu dengan mendapat persetujuan dari mesyuarat agung.

BAB 9 : KEWAJIPAN DAN HAK AHLI
a. Ahli yang telah gugur keahliannya mengikut bab 4 ceraian a hingga c, lucut segala haknya ke atas persatuan ini.
b. Setiap ahli yang menghadiri setiap mesyuarat / perjumpaan yang dianjurkan oleh persatuan hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat / perjumpaan dan memakai pakaian yang bersesuaian.
c. Ahli-ahli yang telah dipecat atau telah digugur hak keahliannya bolehlah membuat rayuan bertulis pada Jawatankuasa Persatuan untuk mendapatkan pertimbangan kemasukannya semula.
d. Ahli-ahli dilarang sama sekali menyiarkan surat-surat pekeliling atau sebarang surat mengenai persatuan ini.
e. Dilarang menerbitkan atau mencetak sebarang dokumen yang berkaitan dengan Persatuan Alumni sebelum mendapat keizinan dari Jawantankuasa Kerja

BAB 10 : PINDAAN PERLEMBAGAAN / PERATURAN ALUMNI
a. Undang-undang perlembagaan ini tidak boleh ditambah atau dipinda kecuali sewaktu di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
b. Pindaan atau tambahan pada undang-undang dan perlembagaan tidak boleh dijalankan kuatkuasaannya sebelum dibenarkan oleh Majlis Alumni Sekolah.


BAB 11 : KEWANGAN PERSATUAN


a. Sumber kewangan - Yuran ahli, Baki wang tahun lepas, sumbangan dan tajaan.

b. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM 500.00 pada suatu ketika

c. Jumlah wang yang besar hendaklah disimpan oleh Pemegang Amanah yang ditentukan oleh Pengerusi dalam Mesyuarat Agung

d. Penggunaan wang persatuan yang dikeluarkan oleh Bendahari hendaklah diberi makluman kepada Pengerusi atau sewaktu di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
e. Kewangan persatuan bermula pada awal Januari dan berakhir pada bulan Disember.
f. Baki wang berdasarkan Penyata Kira-kira Tahunan hendaklah diserahkan atau dimaklumkan kepada Pengerusi Majlis Persatuan oleh Pemegang Amanah

BAB 12 : TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

A. PENGERUSI
a. Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat kecuali di dalam Mesyuarat Agung
b. Ia berhak memberi keputusan kepada bilangan yang sama
c. Ia menyaksikan dan menandatangani tanda pengesahan wang daripada Bendahari kepada Pemegang Amanah
d. Ia akan menandatangani minit mesyuarat apabila telah disahkan.
e. Menjaga dan mentadbir hal ehwal perjalanan persatuan ini.

B. NAIB PENGERUSI
a. Menggantikan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya

C. SETIAUSAHA
a. Ia akan mengelolakan urusan-urusan dan kerja-kerja persatuan
b. Ia akan bertanggungjawab mengutus surat-surat persatuan yang ditentukan oleh Jawatankuasa
c. Ia akan hadir di dalam semua mesyuarat dan menulis semua minit mesyuarat.
d. Menyediakan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan membentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa pertama. Minit ini hendaklah diterima oleh Jawatankuasa untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan
e.Seperti Bab 2 adalah menjadi rujukan utama
f. Menyimpan buku-buku daftar ahli-ahli persatuan serta butir-butir mengenai semua No. Pendaftaran, Nama Alumni, Ahli Jawatankuasa dan sebagainya yang diperlukan.


D. PENOLONG SETIAUSAHA

Ia akan menolong Setiausaha di dalam menjalankan semua urusan dan kerja-kerja Persatuan Alumni serta menggantikan tempat Setiausaha apabila ketiadaannya.

E. BENDAHARI
a. Bertanggungjawab mengenai hal kewangan Persatuan Alumni dan segala buku-buku berkaitan kewangan
b. Membentangkan Penyata Kewangan Persatuan pada setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa . Penyata ini hendaklah diterima oleh Jawatankuasa bagi dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung.
c. Menyimpan segala kira-kira perbelanjaan persatuan, resit-resit dan menyediakan segala penyata berkenaan pada bila-bila masa yang dikehendaki.

F. PENOLONG BENDAHARI
Ia akan menolong bendahari serta menggantikan bendahari apabila ketiadaannya.

G. JAWATANKUASA

a. Bertanggungjawab di atas kemajuan semua mesyuarat.
b. Hendaklah hadir dalam setiap mesyuarat
c. Jika seseorang AJK tidak dapat hadir di dalam mesyuarat hendaklah memaklumkan secara bersurat kepada Setiausaha dengan alasan munasabah.
d. Jika seseorang AJK tidak dapat hadir dalam 3 kali mesyuarat tanpa mengemukakan alasan munasabah, ianya dengan persetujuan Jawatankuasa boleh dipecat atau dilucutkan jawatannya
e. Adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa untuk menepati masa menunaikan sebarang panggilan mesyuarat .
f. Mereka hendaklah dilantik menjadi Pengerusi/AJK untuk sesi / biro Jawatankuasa yang dibentuk

BAB 13 : PENAUNG
Perlantikan Penaung dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan mengikut kata putus ahli Persatuan Alumni.


BAB 14 : PENASIHAT

a. Penasihat hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agung
b. Penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat dan aktiviti persatuan
c. Penasihat hendaklah membimbing Jawankuasa dan ahli-ahli
d. Ia hendaklah memaklumkan semua surat permohonan/jemputan / pemberitahuan dan menandatangani sebelum mengedarkannya.
e. Penasihat hendaklah menentukan semua laporan / minit mesyuarat dan laporan tahunan disediakan dengan lengkap .

BAB 15 : PEMBUBARAN PERSATUAN
a. Persatuan Alumni ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang dari tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung khas keranya.
b. Sekiranya Persatuan Alumni hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas maka segala hutang dan tanggungan Persatuan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

BAB 16 : TAFSIRAN
Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) , perkara itu hendaklah dirujuk kepada Pengerusi/ Setiusaha Persatuan.
Keputusan Pengerusi adalah muktamad

Segala rekabentuk dan grafik adalah hak cipta terpelihara
© Persatuan Alumni Sekolah Menengah Telok Air Tawar Butterworth 2002.
Logo SEKOLAH adalah hak SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK AIR TAWAR BUTTERWORTH (SMKTAT).